Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku - Nedim - Utusan Malaysia

Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku – Nedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku.”

Demikian perkongsian bekas suami pelakon, Nora Danish, Nedim Nazri yang melafazkan cerai talak satu terhadap Nora di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.

Menerusi hantaran baharu di Instagramnya, Nedim juga mengatakan tiada apa yang berubah berhubung perasaannnya namun hanya Nora kini bukan lagi isteri sahnya.

“Tiada yang berubah, cuma dia bukan milikku dalam Islam,” katanya.

Kemelut rumah tangga Nora dan Nedim akhirnya menemui jalan penamat apabila mereka sah bercerai talak satu semalam.

Pelakon drama bersiri Puteri itu sebelum ini mendedahkan rumah tangga mereka berantakan namun masing-masing mencuba untuk memulihkan semua hubungan tersebut.

Malah baru-baru ini, Nora dan Nedim kelihatan gembira menyambut hari bapa bersama anak-anak mereka.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya