Perangi jenayah pemerdagangan orang - Mohamad Hasan

Perangi jenayah pemerdagangan orang – Mohamad Hasan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus mengambil tindakan serius untuk menangani jenayah
pemerdagangan orang selain memastikan pelaksanaan penuh Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Orang (2021-2025) (NAPTIP 3.0).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa sama, Malaysia turut menyeru rakan-rakan antarabangsa untuk bekerjasama dalam menangani cabaran bersama dalam isu berkenaan.

“Saya mengalu-alukan peningkatan kedudukan Malaysia ke Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat 2024.

“Ini adalah pengiktirafan terhadap kemajuan yang dicapai Kerajaan Malaysia dalam memerangi jenayah tersebut termasuklah peningkatan jumlah siasatan, pendakwaan dan sabitan terhadap pemerdagangan orang.

“Ia termasuklah peningkatan bilangan pakar pendakwa raya pemerdagangan orang, peningkatan peruntukan bagi perlindungan mangsa serta penambahbaikan program kesedaran awam,” katanya hari ini.

Katanya, Malaysia juga menyeru negara-negara asal untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam mencegah rakyat mereka daripada menjadi mangsa pemerdagangan.

“Selain, negara-negara asal juga perlu mendakwa dan menghukum penjenayah yang terlibat di negara asal,” katanya.

Terdahulu, Malaysia berjaya dinaiktaraf ke Tahap 2 (Tier 2) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2024 yang diumumkan semalam di Washington DC.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, peningkatan itu adalah amat strategik dan signifikan kerana Malaysia sebelum ini dinilai pada Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watchlist) pada tahun 2023.

Katanya, kali terakhir Malaysia berada di Tahap 2 adalah pada tahun 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya