KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menerima dan menyimpan harta curi iaitu wang RM13,616 milik seorang wanita, dua tahun lalu. Tertuduh, Feliciano Shaif Cubinar Tajul Ariffin, 22, turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, hari ini. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang menyimpan wang tunai RM13,616 dan mempunyai sebab untuk mempercayai duit berkenaan adalah harta curi. Feliciano Shaif Cubinar didakwa melakukan kesalahan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya