Pengusaha trak tunda mohon subsidi diesel dipertimbang

Pengusaha trak tunda mohon subsidi diesel dipertimbang

BEBERAPA Persatuan pengusaha trak tunda menyerahkan memorandum kepada Fuziah Salleh, di KPDN Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa persatuan pengusaha trak tunda mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos ditanggung susulan penyasaran subsidi bahan api itu.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN), Josephprakash berkata, pengusaha trak tunda sering merentas jarak jauh bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

“Malah, situasi diburukkan lagi dengan kesukaran ekonomi dihadapi orang awam sekali gus mengehadkan kemampuan mereka menanggung kos perkhidmatan trak tunda yang semakin meningkat,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, di sini hari ini.

Josephprakash berkata, perkhidmatan trak tunda merupakan komponen penting dalam infrastuktur negara dan sering menjadi responden pertama dalam kejadian kemalangan jalan raya.

“Kos diesel yang rendah akan membantu syarikat trak tunda menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik sekali gus membolehkan pihak mereka menyediakan perkhidmatan mampu kepada orang awam,” katanya.

Sementara itu, Fuziah ketika ditemui berkata, pihaknya sedia membawa isu tersebut ke jawatankuasa rayuan subsidi diesel untuk pertimbangan.

“Sudah tentu kita beri tumpuan terhadap barang perlu dan sedia berbincang dengan mana-mana pihak,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel dibuat mengikut harga pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya