Pengumunan rasionalisasi subsidi diesel petang ini

Pengumunan rasionalisasi subsidi diesel petang ini

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang akhbar mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 5 petang ini.

Pada 24 Mei lalu, Amir Hamzah berkata, subsidi diesel menyebabkan kerajaan menanggung kos RM1 bilion sebulan, manakala kerugian daripada ketirisan berjumlah RM4.5 juta sehari.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala perincian termasuk berkaitan mekanisme penyelarasan subsidi diesel secara bersasar akan dijelaskan oleh Amir Hamzah dalam masa terdekat.

Anwar berkata, beliau hanya memberi gambaran dan kerangka besar berkaitan pelaksanaan inisiatif dilakukan kerajaan.

Jelasnya, ia kemudian akan disusuli dengan tindakan daripada kementerian berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya