KUALA TERENGGANU: Stok perikanan negara akan terkesan dan ketirisan sumber boleh berlaku sekiranya corak pendaratan yang tidak mengasingkan tangkapan ikan baja dan matang ketika ini terus berlarutan. Pensyarah Kanan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Fazrul Hisam Abd. Aziz berkata, mengikut data perangkaan perikanan, pada tahun 2021, sebanyak 229,722 tan metrik ikan baja telah didaratkan. Menurutnya, jumlah itu terus meningkat kepada 242,069 tan metrik ikan baja pada tahun 2022. “Sekiranya corak pendaratan ini terus berlaku, ia amat berisiko terhadap kelestarian sumber perikanan negara. “Oleh itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya