KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh dengan mengelar isterinya pada 7 Jun lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan dibuat berikutan urusan pendengarannya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, namun, tertuduh, Suria Raj Subramaniar mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa. Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa membunuh Kirshashini Anbalakan, 28, dekat dalam bilik tidur rumah mereka dekat pangsapuri berkenaan di antara pukul 6.30 hingga 7 pagi. Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya