Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

KAMAL BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, yang menhidap kanser paru-paru menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pukul 1 pagi tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak sulungnya, Hanis Kamal, 35.

Hanis berkata, bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka terlebih dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.

“Sekarang kami sekeluarga sedang uruskan jenazah arwah untuk dibawa pulang ke rumah. Selepas itu, dari rumah kami akan bawa ke Masjid Bukit Baru untuk urusan mandi dan kafan.

Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka,” katanya.

Sabtu lalu, Hanis memberitahuy, bapanya dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

Hanis dilapor berkata, bapanya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan pelakon berkenaan.

Selepas ke ICU Hospital Melaka dan mendapatkan rawatan, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Beberapa minggu lalu, Kamal dilapor ditidurkan di Hospital Melaka tular di platform TikTok.

Kamal meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, dan lima cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya