Pelajar Tingkatan Satu maut jatuh dari tingkat 5 sekolah

Pelajar Tingkatan Satu maut jatuh dari tingkat lima sekolah

pelajar
Naazron Abdul Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang pelajar berusia 13 tahun meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah setelah terjatuh dari tingkat lima sekolahnya di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan berkata, pelajar lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat lima sekolah itu semalam, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Laporan sebelum ini mengatakan dia jatuh dari tingkat tiga.

Beliau berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini.

“Kami telah menubuhkan unit siasatan khas untuk menyiasat lanjut kes itu, dengan lapan saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

“Siasatan bagi kes kematian mengejut ini dijalankan di bawah Akta Kanak-Kanak kerana diabaikan,” katanya

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kematian pelajar itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Faizal Azizi di talian 011-16120032. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN