KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memberi sokongan, memiliki artikel dan video serta mengaku sebagai ahli kumpulan pengganas Daesh, bulan lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Muzzammil Mohd. Mohlis, 35, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah. Pengakuan tidak direkodkan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Facebook atas nama Ibn Nuhas dan Telegram atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya