SEREMBAN: Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPPKM) mencadangkan kerajaan kekal mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) meskipun harga komoditi itu ketika ini melebihi RM3 sekilogram. Presidennya, Adzmi Hassan berkata, langkah mengekalkan pengaktifan tersebut dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan penoreh malah meningkatkan pengeluaran getah. “Ketika ini harga getah sudah mencecah RM4 sekilogram, keinginan orang untuk menoreh sudah ada. Kita pula ada 420,000 (hektar) tidak bertoreh (kawasan tanaman getah), jadi IPG itu kekalkan dan pasti ramai yang pergi menoreh sekali gus pengeluaran getah kita juga meningkat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya