Peguam baharu usaha jumpa ibu bapa Zayn hari ini atau esok

Peguam baharu usaha jumpa ibu bapa Zayn hari ini atau esok

ZAYN RAYYAN
ALLAHYARHAM ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam baharu ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sedang berusaha bertemu pasangan itu yang kini dalam tahanan reman.

Fahmi Abd. Moin yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata, beliau sedang berusaha untuk bertemu orang yang disyaki (OYDS) hari ini atau esok.

“Buat masa ini belum dapat berjumpa dan saya tengah berusaha untuk bertemu OYDS (ibu bapa Zayn). Bagaimanapun, saya sedang berusaha mendapatkan akses menerusi jasa baik pihak polis. 

“Saya juga belum ada maklumat sama ada mereka akan disambung reman atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Fahmi mengesahkan dilantik sebagai peguam baharu mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang ditahan polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd. Reba turut mengesahkan peguam baharu yang dilantik pihaknya adalah Fahmi.

Sebelum ini pasangan itu diwakili Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sebelum peguam berkenaan memaklumkan tidak lagi mewakili OYDS atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN