KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Tunggakan Bil Perubatan Pesakit Warganegara Asing di fasilitinya ekoran tunggakan caj rawatan yang mencecah RM40 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh KKM dan agensi kerajaan yang berkaitan. Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa tersebut adalah bertujuan untuk meneliti faktor yang menyumbang kepada peningkatan tunggakan bil pesakit warganegara asing di fasiliti KKM dan merangka strategi penyelesaian isu tersebut secara holistik. “Jawatankuasa Kerja ini akan mengkaji tatacara dan prosedur melibatkan pengurusan pesakit pendatang asing tanpa izin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya