Padang Arafah 'dibasahi' tangisan keinsafan

Padang Arafah ‘dibasahi’ tangisan keinsafan

Kerajaan Arab Saudi membekalkan alat pemancut air untuk mengurangkan hawa panas semasa jemaah haji berwukuf di Arafah pada suhu mencecah 45 darjah Celcius semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINA: Ketibaan kira-kira dua juta jemaah dari seluruh dunia di Padang Arafah bermula semalam menandakan kemuncak ibadat haji musim 1445H/2024M. Bacaan talbiyah, zikir dan doa bergema di setiap khemah. Namun, memasuki waktu Zohor, suasana yang sebelumnya hening mula ‘dibasahi’ tangisan keinsafan para jemaah. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, masing-masing memanfaatkan tempoh itu dengan membaca al-Quran dan berdoa sebaik-baiknya. Seorang jemaah dari Bachok, Kelantan, Nik Mohd. Jaafar, 73, bersyukur perjalanan hajinya dipermudahkan hingga ke kemuncak menunaikan rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Katanya, sebagai tempat paling mustajab berdoa, peluang itu akan diisi…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya