Operasi pembenihan awan dilaksana di Kelantan Jumaat ini

Operasi pembenihan awan dilaksana di Kelantan Jumaat ini

OPERASI pembenihan awan akan dijalankan di Kelantan sebagaimana pernah dilakukan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun ini susulan permohonan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi menjayakan operasi ini, sebanyak RM 5 juta diluluskan melalui penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, operasi yang akan dilaksanakan selama tiga hari itu diharap akan meningkatkan paras air Sungai Kelantan agar dapat mengairi kawasan-kawasan pertanian yang terjejas ketika ini. 

“OPA adalah tindakan awal yang dilakukan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September depan. 

“Malah, taburan hujan yang rendah yang dicatatkan bermula Februari hingga April tahun ini menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta menggangu operasi pam di seluruh kawasan KADA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). 

Ahmad Zahid berkata, bagi membolehkan Rumah Pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada ketinggian 4.90 meter, tetapi KADA hanya merekodkan aras air sungai Kelantan terendah iaitu 2.19 meter pada minggu kedua April lalu.

Beliau pada masa sama berharap, usaha ini dapat segera memberikan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering, khususnya di Kelantan. 

“Saya juga berharap usaha bersepadu yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan. 

“Saya juga menyarankan pihak NADMA dan KPKM untuk melaporkan perincian hasil Operasi Pembenihan Awan ini pada 23 Jun nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya