KLANG: Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengisytihar perang terhadap sindiket pengimportan sisa haram seperti barangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang menjadikan negara ini sebagai sasaran atau ‘tong sampah’. Kemasukan bahan buangan tersebut dikesan berlaku terutama bagi tempoh 21 Mac 2023 hingga 19 Jun lalu apabila sebanyak 301 kontena cuba dibawa masuk ke negara ini ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, menerusi pemeriksaan terhadap kontena-kontena tersebut, 106 daripadanya mengandungi e-waste dan selebihnya adalah skrap logam. “Anggaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya