Nora Danish, Nedim sah bercerai - Utusan Malaysia

Nora Danish, Nedim sah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kemelut rumah tangga pelakon, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya menemui jalan penamat apabila pasangan tersebut sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, malam tadi.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi.

Pelakon drama bersiri Puteri itu sebelum ini mendedahkan rumah tangga mereka berantakan namun masing-masing mencuba untuk memulihkan semua hubungan tersebut.

Malah baru-baru ini, Nora dan Nedim kelihatan gembira menyambut hari bapa bersama anak-anak mereka.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN