KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencuri duit tabung surau, awal bulan ini. Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd. Shukri membuat keputusan itu hari ini setelah Mohd. Kasyful Azim Harun, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta di sebuah surau di Kampung Bukit Depu pada 9.30 pagi, 1 Jun lalu. Tertuduh yang memiliki dua rekod lampau atas kesalahan sama didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya