GEORGE TOWN : Seorang pekerja arang batu mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganggotai satu kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Geng Chandra’ ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Tertuduh, B. Jagandran, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menjadi anggota kumpulan tersebut yang menyalahi undang-undang antara Januari 2016 hingga 18 Jun yang lalu. Atas kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya