JEDDAH: Sekumpulan wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan kualiti liputan haji pada tahun ini secara menyeluruh. Kerjasama itu bertujuan meningkatkan amalan media bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dengan berkongsi pandangan serta pengalaman. Malah, inisiatif itu juga menekankan kepentingan kerjasama media merentasi sempadan dan mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi dalam mempromosikan kecemerlangan kewartawanan. Delegasi pada kali ini termasuk sembilan wartawan dari Malaysia dan 14 dari Indonesia yang akan bergabung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya