KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama penyedia platform media sosial menurunkan sebanyak 308 kandungan lucah dan 838 berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial, termasuk platform X dan Telegram. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, penurunan kandungan itu dibuat antara 1 Januari hingga 1 Jun lalu yang melanggar piawaian komuniti pihak penyedia platform serta undang-undang sedia ada. Katanya, bagi tempoh sama, MCMC menyekat 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran. “Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak tujuh kes masih di bawah siasatan MCMC melibatkan kandungan lucah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya