PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyerahkan sumbangan kepada 24 buah keluarga kurang berkemampuan menerusi Program PJ Prihatin sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 majlis itu. Penganjuran program PJ Prihatin itu merupakan inisiatif dan keprihatinan MBPJ dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan (golongan B40) yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, sumbangan akan diberikan sewaktu sesi lawatan ke kediaman penerima di sekitar Petaling Jaya. “Sumbangan wang tunai RM500 diberikan kepada tiga buah keluarga yang terpilih manakala sumbangan kepada baki penerima akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya