PETALING JAYA: Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) komited dalam memperkasa kelestarian alam sekitar sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin, wawasan yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) tersebut menekankan kepentingan pembangunan ekonomi yang seimbang dan mampan dalam memastikan kekayaan dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia. Katanya, salah satu aspek penting visi itu adalah menjaga dan mengurus sumber asli serta alam sekitar secara berkesan dan mampan dengan WKB2030 memfokuskan kepada keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya