Malaysia peroleh akses eskport baharu durian segar ke China

Malaysia peroleh akses eskport baharu durian segar ke China

MOHAMAD Sabu memeterai protokol dengan Yu Jianhua, Menteri GACC disaksikan Anwar Ibrahim dan Li Qiang di Perdana Putra, Putrajaya. - GAMBAR PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia memperoleh akses pasaran eksport baharu bagi buah durian segar dari Malaysia ke China sekali gus mengembangkan lagi industri tanaman durian tempatan dan meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama itu dicapai melalui pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke negara tersebut ketika rangka lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke negara ini. 

Menurut beliau, pelaksanaan protokol diyakini akan menggalakkan perkembangan industri tanaman buah durian tempatan dan membuka peluang kepada lebih 63,000 pengusaha durian di seluruh negara. 

“Melalui protokol ini juga, pengusaha durian yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Am Kastam China (GACC) berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam protokol tersebut dibenarkan untuk mengeksport buah durian segar ke negara China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad memeterai protokol tersebut dengan Menteri GACC, Yu Jianhua, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li Qiang. 

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sebelum ini, Malaysia diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada tahun 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada tahun 2018. 

Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022, jumlah nilai eksport durian ke luar negara berkembang sebanyak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.

Katanya, pada tahun lalu, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai sebanyak RM1.14 bilion dan secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama (58.6 peratus) kepada nilai eksport buah-buahan negara yang bernilai RM2.01 bilion. 

“Negara China merupakan pasaran eksport utama buah durian dari Malaysia dengan nilai eksport sebanyak RM887 juta pada tahun 2022. 

“Nilai eksport durian diunjur akan terus meningkat kepada RM1.8 bilion pada tahun 2030,” katanya. 

Pemain industri yang berminat untuk berdaftar sebagai pengeksport buah durian segar ke China boleh menghubungi Jabatan Pertanian (DOA) dengan mengemukakan emel kepada [email protected] dan [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya