PETALING JAYA: Malaysia dan China mendesak supaya gencatan senjata segera yang berkekalan dilaksanakan di Gaza, Palestin selepas krisis kemanusiaan di wilayah tersebut semakin memburuk. Pada masa sama, kedua-dua negara bersahabat itu juga menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbang permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam kenyataan bersama dikeluarkan berkata, kedua-dua pemimpin menzahirkan keprihatinan yang serius terhadap perang yang sedang berlangsung di Gaza ketika ini. Menurutnya, krisis kemanusiaan di wilayah tersebut memberi kesan buruk terhadap rakyat Palestin yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya