ANKARA: Malaysia mempunyai cadangan untuk melengkapkan armada pertahanan negara dengan pemilikan helikopter tempur, namun ketika ini masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung perolehan aset itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini, pihaknya mengambil pendekatan untuk hanya melihat dan membuat perbandingan produk dikeluarkan oleh pelbagai negara itu terlebih dahulu. “Sebagai sebuah angkatan yang disegani, memang kalau tengok dalam Kajian Kertas Putih Pertahanan, kita memerlukan helikopter sedemikian. “Ia bukan sahaja (perolehan aset) bagi mengangkut barang dan anggota, tetapi helikopter tempur dan helikopter pengawasan juga. “Saya percaya ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya