Majlis kahwin serba tidak kena, tetamu pula kekok - Utusan Malaysia

Majlis kahwin serba tidak kena, tetamu pula kekok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGEKEK Cik Bunga tergelak melihat reaksi kenalan kita yang ralit bercerita mengenai pengalaman kekoknya hadir ke satu majlis perkahwinan seorang selebriti media sosial, baru-baru ini.

Bersungguh-sungguh dia bercerita sampaikan di hujung perbualan, ayat yang terkeluar daripada mulutnya adalah ‘menyesal aku pergi’.

Bukan apa, selebriti itu bukannya orang tidak kenal. Kita juga tahu hasratnya menjemput media hadir sama ke majlis perkahwinannya kerana dia mahu ia menjadi bahan hebahan dan tular.

Tetapi, ada beberapa perkara rasanya tidak perlu dibuat jika ia kelihatan merepek dan mencacatkan majlis yang seharusnya diserikan dengan keindahan dan senyuman semua orang.

Apa lagi, jika acara berlangsung jelas menunjukkan yang awak tidak hadir pun untuk buat latihan awal dengan baik.

Sudahnya, sesi tari-menari kelihatan janggal seakan-akan ‘dipaksa-paksa’ dilakukan. Itu yang Cik Bunga kata, tidak perlu buat pun tidak mengapa.

Tambah kurang manis, dia pun wanita bertudung. Hendak menari beria-ia sangat ala-ala Puteri Disney macam tidak kena.

Tetamu hadir rasa mahu tutup mata dengan tangan, sebab malu hendak tengok. Itu belum lagi bab tiba-tiba ada yang selit ceramah hendak berdakwah semasa majlis berlangsung sambil pegang mikrofon.

Tetamu pula ada yang berbilang bangsa. Bukan halang mahu berdakwah, tetapi tidak kenalah juga pada situasi semasa.

Itu yang Cik Bunga kata, serba tidak kena itu. Tapi hendak buat macam mana, benda pun telah berlangsung.

Cuma Cik Bunga harap ia jadi pengajaranlah buat semua. Jangan dibuat benda tak perlu terutama pada majlis yang menjadi hari bahagia kita.

Adakalanya sederhana itu lebih manis dan indah. Sebab, di akhirnya kita tentu mahu doa-doa yang baik daripada semua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya