Lori bawa bahan binaan tak dapat subsidi diesel - Loke

Lori bawa bahan binaan tak dapat subsidi diesel – Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan tiada agihan subsidi diesel bagi kategori lori yang mengangkut bahan binaan buat masa ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kategori pengangkutan itu tidak termasuk dalam kumpulan yang menerima subsidi diesel seperti diumumkan kerajaan bermula Isnin lalu.

“Lori berkenaan dengan angkut bahan binaan tiada (tidak dapat subsidi). Itu tiada dalam kategori. Kita fokus untuk kategori dinyatakan sahaja.

“Apa yang kita bagi (subsidi) adalah lori-lori yang mengangkut kargo barangan keperluan harian yang mungkin akan ada kenaikan kos kepada pengguna. Jadi itu kita bagi subsidi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Berhubung permintaan pengusaha kenderaan, bas dan van pelancong yang juga mahukan agihan subsidi diesel itu, Loke berkata, isu itu akan dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Katanya, beliau turut mengesahkan ada perbincangan antara MOT dan MOTAC berhubung permohonan itu ketika ini.

“Ada perbincangan antara MOT dan MOTAC bagi melihat sama ada dalam tempoh peralihan (penyasaran subsidi diesel) ini dapat membantu mereka (pengusaha pelancongan),” katanya.

Dalam pada itu, Loke juga mengesahkan, perbincangan kini sedang berlangsung antara MOT, Kementerian Kewangan (MOF) serta pengusaha bas ekspres, bas henti-henti dan bas sekolah bagi melihat pertambahan kuota subsidi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam meminta supaya MOTAC dan MOT meneliti permintaan pengusaha kenderaan, bas dan van pelancong yang terkesan dengan pelarasan subsidi itu.

Katanya, Jemaah Menteri menerima maklum rungutan oleh kumpulan sektor pelancongan itu memandangkan harga lama pakej pelancongan yang ditawarkan mereka tidak mengambil kira kenaikan kos bahan api. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya