Lisa ada lagu baharu, Rose kini artis THEBLACKLABEL

Lisa ada lagu baharu, Rose kini artis THEBLACKLABEL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi dan ahli kumpulan terkenal Blackpink, Lisa, membuat kejutan apabila mengumumkan bakal hadir dengan lagu solo terbaharunya bertajuk Rockstar.

Menurut Lisa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif agensi bakat LLOUD, lagu tersebut bakal menemui pendengar bermula 28 Jun ini.

Menerusi akaun media sosial rasmi syarikat berkenaan, mereka telah berkongsi video cuplikan beberapa saat lagu tersebut dengan rentak muzik tarian elektronik (EDM).

Menghampiri tarikh pelancaran lagu tersebut, Lisa juga dilihat sudah mengaktifkan akaun TikTok miliknya dan berjaya mengumpul jutaan pengikut dalam tempoh satu malam.

Rockstar dijangka dapat mengalahkan lagu solo hit penyanyi itu iaitu LALISA yang diterbitkan pada 2022.

Dalam perkembangan ahli yang lain iaitu Rose, gadis Australia itu telah menandatangani kontrak secara rasmi di bawah pengurusan THEBLACKLABEL.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri agensi berkenaan menerusi satu kenyataan akhbar.

“Kami yakin gabungan Teddy selaku penerbit muzik dan Rose sebagai artis akan membuahkan hasil yang baik memandangkan mereka sudah lama bekerjasama.

“Sekarang, Rose sedang membuat persediaan untuk bertemu peminat secara global dengan muzik baru. Di samping itu, Rose turut merancang melakukan kolaborasi dengan pemuzik serata dunia.

“Kami berjanji akan memberi sokongan dan dorongan terbaik agar Rose dapat bersinar dalam lapangan muzik yang diceburinya. Terima kasih,” tulis mereka.

Terdahulu, antara artis Korea Selatan lain yang turut menandatangani kontrak syarikat pengurusan THEBLACKLABEL ialah Taeyang Big Bang, Jeon Somi, Park Bo Gum dan Lee Jong Won.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN