SETIU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Terengganu merekodkan sebanyak lima kes kemalangan maut berlaku di tempat kerja dari Januari hingga Mei tahun ini. Pengarah JKKP Terengganu, Ir. Noorazman Soud berkata, kemalangan maut itu melibatkan pekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkapalan. Sementara itu, katanya, jumlah kemalangan maut di tempat pekerja pada tahun lalu pula sebanyak 10 kes. “Bagaimanapun kita dapati tahap kesedaran majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin baik dan diharapkan kes kematian tersebut berkurangan pada tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Pencapaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya