BATU GAJAH: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah hotel, di sini hari ini. Lelaki berusia 37 tahun itu hadir menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 2 petang. Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengalami masalah rumah tangga dan kini dalam proses penceraian. Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya