KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik, bulan lalu. Tertuduh Inderjit Singh, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril. Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya. Mengikut pertuduhan, Inderjit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya Sukhvinder Kaur dengan cara memukul beberapa kali menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik warna putih kepada mangsa. Kesalahan itu didakwa dilakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya