GEORGE TOWN : Seorang lelaki ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan helmet di Jalan Sungai Pinang, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. “Suspek lelaki berusia 30-an ini ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam di kawasan Flat Jalan Sungai Pinang. “Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya di sini, hari ini. RAZLAM Ab. Hamid (tengah) ketika ditemui pemberita di George Town,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya