ARAU: Larangan pembelian berulang untuk pengisian RON95 di semua stesen minyak di Kelantan bagi mengelak bahan api itu diseleweng ke negara jiran akan diperluas di negeri-negeri lain. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil berkata, pada masa ini, arahan tersebut hanya membabitkan Kelantan, namun akan diperluaskan ke negeri sempadan lain seperti Perlis, Kedah dan Perak. Katanya, arahan tersebut sebelum ini dikeluarkan kepada semua stesen minyak di Kelantan yang taktik pembelian berulang RON95 ini paling tinggi dikesan. Ujarnya, ia dilaksanakan selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya