KUALA LUMPUR: Keluarga kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan membuat laporan polis berhubung penyebaran didakwa fakta siasatan polis berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak itu di media sosial. Peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Fahmi Abd. Moin berkata, penyebaran maklumat tersebut adalah fitnah jenayah. “Pihak keluarga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat berkenaan. “Penyebaran itu lebih kepada fitnah jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya adalah tindakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya