Berikut adalah perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Mattin:
5 Disember 2023
Ibu Zayn Rayyan berkongsi di Facebook berhubung kehilangan anaknya.
6 Disember 2023
* Operasi pencarian membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anjing pengesan (K9) di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
* Ibu Zayn Rayyan mendakwa kanak-kanak itu hilang ketika menaiki tangga di Blok R, kediaman tersebut sekitar tengah hari pada hari sebelumnya.
* Keluarga kanak-kanak itu ikhtiar perubatan secara Islam selain solat hajat bagi mengesan keberadaan Zayn Rayyan.
* 9 malam: Operasi pencarian membabitkan penduduk dan anggota polis di sekitar Apartment Idaman melibatkan 2,482 unit kediaman.
* 10 malam: Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai, 100 meter dari kediamannya oleh beberapa penduduk.
* Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) sebanyak tiga kali.
* Polis klasifikasi kematian mengejut (SDR).
7 Disember 2023
* Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat
* Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.
* Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat.
* 5 petang: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
* Jenazah Zayn Rayyan disemadikan di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
* 6 petang: Lokasi penemuan Zayn Rayyan ditutup dengan garisan kuning, polis mula pencarian bukti.
8 Disember 2023
* Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya selain dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai.
10 Disember
* Polis melakukan pencarian bukti di sebuah stor berhampiran Blok R selaim mengambil sampel di kediaman Zayn Rayyan.
* Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini sebanyak 48 individu diambil keterangan babitkan ahli keluarga, jiran dan saksi-saksi.
* Turut diambil, sampel DNA daripada 228 penduduk kawasan tersebut.
* Pemeriksaan dilakukan terhadap 5,628 penghuni membabitkan 2,484 kediaman di kawasan terbabit.
13 Disember 2023
* Polis menemukan sehelai stoking dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa bagi melihat sama ada wujud bukti baharu.
* Polis mengesahkan menahan tiga individu dipercayai positif dadah di Apartment Damai hasil mass screening DNA kes Zayn Rayyan namun tidak berkait dengan kes bunuh itu.
14 Disember 2023
* Polis mendapat maklumat baharu daripada dua saksi yang mendakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.
* Sebanyak 86 keterangan dan 238 DNA telah diambil pihak polis setakat ini.
23 Disember 2023
* Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan bantuan dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.
28 Disember 2023
* Polis tidak akan menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu yang boleh menjurus kepada mana-mana pelaku.
7 Januari 2024
* Polis mengesahkan menerima menerima maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol) namun secara am.
6 Februari 2024
* Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Zayn Rayyan.
21 Mac 2024
* Polis menafikan lambat bertindak dalam menyiasat kes pembunuhan Zayn Rayyan seperti didakwa sesetengah pihak.
* Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebaliknya menegaskan pihaknya telah bertungkus-lumus mengesan Zayn Rayyan sejak hari pertama dilaporkan hilang sehingga membawa penemuan mayat kanak-kanak malang berkenaan.
8 Mei 2024
* Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis tidak pernah menutup kes terbabit dan masih menanti petunjuk baharu.
31 Mei 2024
* KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menahan ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Alam, Selangor pada 11 pagi. Pasangan berusia 28 tahun itu akan direman di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.
– UTUSAN