BUKIT MERTAJAM : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mematahkan satu sindiket penyeludupan petrol dengan menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai di sini, hari ini. Pengarahnya, S. Jegan berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 5 pagi menerusi Ops Tiris 3.0 itu mendapati, seorang lelaki sedang mengisi minyak ke dalam sebuah lori jenis Nissan dalam keadaan mencurigakan. Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati,terdapat sebuah pam motor dan hos paip dalam keadaan bersambung dan ia disyaki digunakan untuk membuat pemindahan minyak petrol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya