Konflik resolusi gencatan senjata Israel-Hamas - Utusan Malaysia

Konflik resolusi gencatan senjata Israel-Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pelbagai versi draf resolusi Amerika Syarikat (AS) beredar selama beberapa hari ini yang jelas berbeza dengan dengan beberapa draf lain sekaligus menimbulkan persoalan. 

Pertama sekali, ia secara jelas menyatakan Israel sebenarnya telah menerima kesemua syarat perjanjian gencatan senjata. 

Sedangkan, sebelum ini, ia hanya mengatakan hanya ‘perjanjian’ gencatan senjata yang boleh diterima oleh Israel. 

Draf itu mengeluarkan sebarang kenyataan tentang penubuhan zon pembatasan yang tidak dapat diterima. 

Terdapat pandangan mengenai Israel yang merancang untuk mencipta zon pembatasan di Gaza dan secara khusus menyatakan sebarang gencatan senjata berterusan selepas enam minggu dan akan diperbaharui selagi rundingan masih berlanjutan.

Israel dikatakan menyambut baik kesediaan AS, Mesir, dan Qatar untuk memastikan rundingan berterusan sehingga semua perjanjian tercapai dan fasa kedua bermula. 

Namun, ia belum menjadi gencatan senjata kekal seperti yang diinginkan oleh beberapa ahli Majlis Keselamatan PBB. 

Sebelum ini, Majlis itu menuntut gencatan senjata kekal tanpa syarat dan tidak mahu AS mengambil kawalan penuh terhadap sebarang proses penyelesaian konflik yang akan dimuktamadkan dalam resolusi ini.    

AS MAHU GENCATAN SENJATA 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan lawatan ke Asia Barat minggu ini, ketika AS cuba meningkatkan sokongan terhadap gencatan senjata Israel-Hamas yang diumumkan minggu lalu oleh Presidennya, Joe Biden.  

Blinken dijadualkan akan melawati Israel, Jordan, Mesir dan Qatar. Menurut White House, beliau akan berbincang dengan rakan kongsi bagi mencapai perjanjian gencatan senjata yang menjamin pembebasan semua tebusan. 

Pengumuman itu dibuat hanya sehari selepas penelitian antarabangsa mengenai serangan Udara Israel terhadap sebuah sekolah di pusat Kem Pelarian Gaza Nuseirat yang menempatkan ribuan orang awam Palestin. 

Pesuruhjaya Agung bagi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dalam serangan itu. 

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel, Daniel Hagari mendakwa kononnya pejuang Hamas bersembunyi di belakang pelarian dengan menggunakan orang awam sebagai perisai manusia. 

“Hamas beroperasi secara sistematik dari sekolah, kemudahan PBB, hospital dan masjid,” katanya. 

Dua pakar senjata bebas memberitahu CBS News, Israel menggunakan bom GBU-39 buatan AS dalam serangan Khamis lalu, iaitu senjata sama yang digunakan dalam serangan Udara 26 Mei lalu, terhadap sebuah kem pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.

Bulan lalu, AS menghentikan penghantaran senjata kerana bimbang peluru itu akan digunakan dalam pencerobohan darat Israel di bandar Rafah, selatan Gaza. 

Biden juga menerusi temubual itu memaklumlan tidak akan membekalkan senjata yang digunakan untuk menyerang Rafah. 

NETANYAHU KE AS

Di tengah-tengah krisis kemanusiaan Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengunjungi Washington untuk berucap semasa mesyuarat Kongres, 24 Julai depan. 

Bagaimanapun, Diplomat Israel, Alon Pinkas berkata, belum diketahui sama ada Netanyahu akan bertemu Biden memandangkan beliau semakin kecewa terhadap tindakan Netanyahu dalam perang.

“Menurut tinjauan pendapat, orang ramai mula percaya Netanyahu hanya memanjangkan perang tanpa sebab ketenteraan atau politik. Sebaliknya, hanya demi kelangsungan hidupnya sendiri,” katanya. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN