Koloborasi Malaysia-China program pertukaran pakar sains, teknologi

Koloborasi Malaysia-China program pertukaran pakar sains, teknologi

PROGRAM Pertukaran Kepakaran Sains melalui MoU disaksikan Anwar antara Lih Kang dan Ouyang Yujing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan China memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan program pertukaran kepakaran dalam sains dan teknologi sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang, ke Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, MoU ini merupakan inisiatif lanjutan daripada Perjanjian dalam Kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi yang ditandatangani antara kerajaan kedua-dua negara pada 4 Oktober 2013.

Beliau berkata, langkah ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang memberi tumpuan strategik kepada pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan industri dipacu inovasi melibatkan aktiviti-aktiviti nilai tambah lebih tinggi. 

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku peneraju sains, teknologi dan inovasi (STI) negara juga menetapkan bidang-bidang keutamaan dengan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

“Ia terutamanya industri berasaskan teknologi seperti hidrogen, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi dan teknologi angkasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertukaran MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaksanakan antara Lih Kang dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. 

Melalui MoU ini, MOSTI akan menerajui skop-skop kerjasama yang merangkumi program pertukaran saintis dan penyelidik, kolaborasi antara institusi-institusi penyelidikan serta penganjuran bersama program dan persidangan akademik dengan keterlibatan saintis dan penyelidik antarabangsa. 

“Kerjasama dua hala melibatkan peningkatan kapasiti dan kepakaran dalam pelbagai industri STI, ia bakal menyumbang kepada pemerkasaan bakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mampu memacu pembangunan industri strategik berimpak tinggi dalam negara. 

“Ia dijangka dapat memberi nilai tambah bermanfaat kepada kedua-dua negara selain menarik kerjasama penyelidikan yang lebih meluas serta menggalakkan kemajuan saintifik dan pembangunan ekonomi dua hala yang lebih kukuh,” katanya. 

Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, China kekal sebagai rakan dagang penting yang mewakili 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia. 

Pada tahun lalu, RRC kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun yang kelima belas sejak tahun 2009 dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya