KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 28 notis bagi kesalahan penjualan rokok dan tembakau kepada remaja atau orang belum dewasa (OBD). Sebanyak 26 notis dikeluarkan pada tahun lalu manakala dua lagi notis dikeluarkan pada tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM serius mengenai isu penjualan rokok tembakau kepada remaja atau orang belum dewasa. Menurut beliau, pengedar dan penjual perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati bersalah menjual rokok kepada remaja atau orang belum dewasa. “Fokus utama kita adalah melindungi kanak-kanak daripada pengaruh industri tembakau, sejajar dengan perjanjian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya