Khairuddin beri keterangan kepada SPRM dakwaan salah laku bekas Peguam Negara

Khairuddin beri keterangan kepada SPRM dakwaan salah laku bekas Peguam Negara

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kini berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini.

Setakat ini, Khairuddin masih belum selesai memberi keterangan kepada agensi berkenaan.

Khairuddin yang ditemui di luar bangunan SPRM sebelum masuk memberi keterangan itu berkata, beliau juga membuat laporan kepada polis dan sudah memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat berhubung perkara sama.

Menurutnya, beliau mendakwa Mohamed Apandi menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung hutang RM35 bilion.

“Saya juga sudah membuat laporan kepada polis Ahad lalu serta dirakamkan kenyataan oleh pegawai penyiasat pada hari sama,” katanya.

Katanya, salah laku bekas Peguam Negara itu tidak boleh dipandang ‘remeh’ kerana menyalahgunakan kuasa pada waktu itu untuk bersubahat dan seterusnya cuba menutup skandal 1MDB.

Jelasnya lagi, beliau beriltizam untuk memerangi salah laku dan jenayah ‘kolar putih’ yang dilakukan Mohamed Apandi secara habis-habisan.

“Pada hemat peribadi saya, Mohamed Apandi harus didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan tidak berkhidmat secara profesional serta amanah ketika beliau menjawat jawatan Peguam Negara,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Apandi dalam kenyataan sekitar tahun lalu menegaskan tindakan mengklasifikasikan kertas siasatan 1MDB sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) bukan diputuskan oleh beliau sahaja.

Sebaliknya, Mohamed Apandi menjelaskan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh pasukan petugas di Pejabat Peguam Negara (AGC) ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya