Ketua Pemuda Pas DUN Telemong cedera di betis terkena pisau sembelihan lembu - Utusan Malaysia

Ketua Pemuda Pas DUN Telemong cedera di betis terkena pisau sembelihan lembu

MOHAMAD Yusuf Abdullah cedera betis kanan terkena pisau sembelih lembu korban dalam kejadian di Kampung Matang, Hulu Terengganu, hari ini .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ketua Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohamad Yusuf Abdullah, 34, cedera di betis kanan setelah terkena pisau sembelih lembu korban di Kampung Matang, dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku apabila lembu korban yang kedua secara tiba-tiba meronta sehingga menyebabkan pisau dipegang Mohamad Yusuf tersasar ke betis.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, sejurus selepas kejadian Mohamad Yusuf terus dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT).

“Beliau mendapat rawatan awal di HHT dan saya difahamkan telah dibawa Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya turut berada di lokasi sama, insiden tidak terduga ini berlaku begitu pantas. Lembu pertama disembelih berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, menjadi rutin Mohamad Yusuf dijemput menyembelih ternakan korban
setiap Aidiladha di beberapa kampung sekitar DUN Telemong, namun kali ini berlaku kejadian di luar dugaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya