KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam proses menggubal undang-undang perburuhan baharu bagi melindungi pekerja gig sebelum dibentang di Parlimen. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, penggubalan tersebut akan mencakupi empat perkara penting iaitu definisi pekerja gig, gaji atau upah, mekanisme kiraan dan perlindungan sosial. Menurut beliau, cadangan tersebut akan dikemukakan ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun ini. Kata beliau, Kesuma berpandangan bahawa konsolidasi beberapa perundangan merentas bidang kuasa pelbagai kementerian adalah penting bagi memastikan perlindungan yang menyeluruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya