Kerjasama Jendela Tunggal Malaysia-China percepat proses perdagangan rentas sempadan

Kerjasama Jendela Tunggal Malaysia-China percepat proses perdagangan rentas sempadan

KERJASAMA jendela tunggal ini ditandatangani bersama Amir Hamzah Azizan dengan Yu Jianhua di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - GAMBAR PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama dalam Kerjasama Jendela Tunggal sebagai platform perbincangan kedua-dua negara dan mengkaji pendekatan terbaik pelaksanaan proses perdagangan rentas sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama jendela tunggal, terutamanya melalui inisiatif Jendela Tunggal Nasional (NSW) yang diterajui oleh Kementerian Kewangan (MOF) berkebolehan untuk meningkatkan kecekapan melalui pendigitalan proses kawal selia perdagangan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ini termasuk penghapusan keperluan mengemukakan dokumentasi lewah dan menggalakkan pertukaran maklumat yang lebih lancar serta tepat di antara pemegang taruh dan rakan dagang lain.

“Usaha untuk membangunkan kerjasama jendela tunggal ini juga menyantuni aspirasi kerangka Ekonomi Madani yang menekankan transformasi digital dan memudah cara perniagaan bagi merancakkan lagi ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. 

Di antara intipati hasil perbincangan dua hala ini ialah tekad kedua-dua negara untuk memperkasa serta mempelbagaikan lagi aktiviti perdagangan antara Malaysia dan China. 

Kerjasama jendela tunggal ini telah dipersetujui dan dimaklumkan melalui kenyataan bersama serta ditandatangani bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dengan Menteri Pentadbiran Am Kastam China, Yu Jianhua.

Pada suku pertama tahun ini, perdagangan Malaysia dengan China mencatat kenaikan kepada RM112.28 bilion berbanding RM108.66 bilion pada tahun lalu meliputi jumlah eksport dari Malaysia ke China sebanyak RM44.5 bilion dan import dari China sebanyak RM67.78 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya