PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti keperluan pelaksanaan rasionalisasi subsidi ke atas bahan api petrol RON95. Bagaimanapun Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, buat masa ini tumpuan dan keutamaan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya menjadi stabil. Katanya, ia sekali gus mencapai objektif ditetapkan antaranya memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi bahan api itu. Menurut beliau, kerajaan akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan golongan yang terkesan diberikan bantuan sewajarnya jika rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang. “Di samping itu, pelaksanaan inisiatif ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya