Kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi diesel

Kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi diesel

Kerajaan telah memberi kad fleet Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sektor logistik agar mereka terus dapat membeli diesel pada harga RM2.15 seliter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun me­lak­sanakan penyasaran subsidi diesel, kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan bahan api itu di Semenanjung.

Jumlah itu menyaksikan ham­pir separuh apabila pada ta­hun lepas merekodkan sehingga RM14.4 bilion subsidi bahan api tersebut yang perlu ditanggung kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ke­rajaan tidak menghapuskan sub­sidi, sebaliknya apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

Kata beliau, tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.

“Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.

“Selaras usaha mengemba­likan hasil penjimatan penya­saran subsidi kepada rakyat, kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur turut diturunkan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam ke­nyataan, semalam.

Anwar berkata, perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

Untuk itu, harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Sehubungan itu, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C kini masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji.

Beliau berkata, penampungan subsidi keperluan makanan rakyat bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

“Harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.

“Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat, katannya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan pada masa sama masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) mengambil alih tampuk kepemimpinan meskipun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt.

Sebagai contoh, katanya, dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga
RM33-RM35.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan Madani kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.

Dalam hal ini, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri menggerakkan Op Tiris yang b sejak 1 Mac 2023 yang mana ia bertujuan bagi membanteras permasalahan penyelewengan minyak diesel bersubsidi tatkala ia memanfaatkan pihak yang tidak layak.

Jelasnya, sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824.00 telah dirampas.

Justeru, atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Op Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakupi barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1KG, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).

“Sehingga 14 Jun lalu, sejumlah RM12,956,089.96 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya