PETALING JAYA: Cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani supaya UMNO mengenal pasti bakal calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dapat menangani unsur sabotaj. Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, antara lain ia membolehkan calon tersebut turun padang lebih awal bagi memperkenal diri di kawasan yang dikenal pasti untuk ditandingi. “(Berdasarkan) pengalaman lepas, calon hanya akan dinamakan setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dibubarkan. Ini akan menimbulkan masalah seperti sabotaj dalam kalangan mereka yang tidak terpilih yang berkesudahan dengan kekalahan. “Sekiranya calon itu dikenal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya