Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi jemput pengamal media

Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi jemput pengamal media tunai haji

ANTARA wakil media yang akan berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan jemputan khas dari Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang media yang terdiri dalam kalangan penerbit, wartawan dan jurukamera dari pelbagai agensi media tempatan berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan jemputan khas dari Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi.

Ia merupakan jemputan tahunan kepada pengamal media seluruh dunia yang dikenal pasti telah menyumbang kepada pembangunan infrastruktur, pembangunan bakat serta peningkatan inovasi dan ejen komunikasi dua hala negara terlibat dan Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Fasilitator Media, Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Izelan Basar, setiap tahun Kementerian Media menjemput lebih 2,000 pengamal media serta pempengaruh pelbagai latar belakang dari seluruh pelusuk dunia.

Katanya, ia juga termasuk agensi media terkemuka akan berkumpul dan berkongsi pengalaman unik ketika menjalani ibadah haji serta melaporkan suasana perhimpunan agama terbesar di dunia.

“Tahun ini agak istimewa kerana, bukan sahaja warga media berpeluang menunaikan haji malah berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Pusat Media termoden dan tercanggih di dunia yang berkonsepkan teknologi AI di Jeddah nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, pengamal media yang dijemput akan dibawa untuk menyaksikan perkembangan terkini dari agensi dan jabatan Kerajaan Arab Saudi, termasuklah visi Saudi 2030.

Malah, persiapan rapi Kerajaan Arab Saudi di belakang tabir menyambut tetamu Allah dijangka mencecah 3.5 juta umat Islam dari lebih 120 negara turut akan dibawakan khas, disaksikan sendiri oleh media yang dijemput kali ini.

Delegasi Media Malaysia yang diketuai Izelan melibatkan agensi media seperti Utusan Malaysia, Bernama TV, Astro Awani, TV Alhijrah, Utusan TV dan Radio Hotfm yang menampilkan DJ, Johan Raja Lawak bersama isteri Ozlyn Wati.

Mewakili Utusan Malaysia adalah wartawan kanan, Nur Aslinda Mohd. Nasir.

Delegasi Media Malaysia bakal berada di Tanah Suci selama 15 hari dan dijangka berlepas pada 6 Jun ini dan pulang ke tanah air pada 20 Jun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya