BANDAR BAHARU: Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin dinasihatkan membuat laporan polis jika merasakan diri mereka terancam akibat penyebaran laporan siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu di media sosial. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat selain pada masa sama memastikan siasatan kes terbabit dapat berjalan lancar. “Kes ini dianggap berprofil tinggi. Insiden ini sudah hampir enam bulan dan hakikat bahawa…










