ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM9.52 juta bagi memastikan aspek keterjaminan bekalan makanan negara khususnya beras sentiasa mencukupi. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, peruntukan itu antaranya untuk melaksanakan projek peningkatan hasil tanaman padi di luar kawasan jelapang, pembangunan industri ternakan, tanaman ladang dan buah-buahan. Justeru katanya, permohonan insentif berbentuk fiskal yang dimohon kepada Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat mengimbangi desakan pembangunan yang berterusan melibatkan kawasan tanaman padi. “Permohonan ini telah diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan Persekutuan dan diharapkan ianya membuahkan hasil setelah sekian lama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya